Nabi SAW begitu baik dalam layanannya
kepada kanak-kanak. Baginda mempamerkan asas pendidikan untuk
kanak-kanak. Sesungguhnya kanak-kanak di lahirkan dengan fitrah yang
baik. Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Bayi
dilahirkan dalam keadaan tulen, suci dan bersih dari segala
kekurangan. Dan Nabi SAW memelihara kesucian dan ketulenan ini.
Antara contoh belaian kasih baginda kepada kanak-kanak:-
- Suka Menghidu, Mendakap
dan Mencium mereka
Pernah al-Aqra' bin Habis melihat
baginda juga beberapa orang badwi berkata kepada baginda: Ya
Rasulullah, kamu mencium kanak-kanak kamu? Nabi menjawab Ya, lalu
mereka berkata: “Sesungguhnya kami tak mencium kanak-kanak kami”
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Apa yang aku akan buatkan untuk
kamu, andainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu. Ini
bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang.
Ramai yang tak tahu, bahawa ini adalah satu ibadah dan kebaikan.
Iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak.
- Suka mendukung
kanak-kanak.
Kerap dilihat kedua-duanya di atas
bahagian belakang Rasulullah SAW.
Suatu hari, Anas bin Malik datang.
Dia melihat Nabi SAW dalam keadaan menongkat dua tangan dan dua
kakinya. Dan Hasan dan Husin sedang bermain di atas belakang baginda.
Maka dia berkata kepada Nabi SAW: Sebaik-baik tunggangan adalah
tunggangan kamu berdua. Lalu Nabi SAW bersabda: Dan merekalah
sebaik-baik penunggang, ya Anas.
Nabi SAW memberi kepada mereka
berdua kedudukan dan kemuliaan.
- Suka Bermain dengan kanak-kanak.
Bermain penting untuk pembesaran kanak-kanak, juga baik untuk tubuh dan badan. Nabi SAW selalu bermain dan
bergurau senda dengan kanak-kanak. Pernah baginda mengambil air dan
membalingnya ke muka kanak-kanak, sehingga kanak-kanak itu ketawa
dan bermain dengannya.
- Memiliki sifat
kasihan dan melindungi kanak-kanak.
Suatu ketika Nabi bersolat di
masjid, Umamah binti Zainab datang kepadanya dan memanjat belakang
baginda. Ketika itu baginda dalam keadaan bersujud. Lamanya sujud
sehingga para sahabat menyangka baginda mengalami kekejangan. Setelah
selesai solat, baginda bersabda: Anak perempuanku ini duduk di
atasku, dan aku tak mahu mengganggunya.
- Mendidik mereka, membimbing serta menanam nilai murni
Kerana
inilah waktu sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip
hidup. Sesiapa yang membimbing anak-anaknya, dia telah menjinakkan
hasadnya.
Saidina
Husin pernah mengambil sebiji kurma yang tidak halal baginya, kerana
zakat tidak halal bagi ahli keluarga baginda. Lalu Nabi mencabut
kurma dari mulutnya (Husin) dan berkata:..kakh..kakh...Maka dia
keluarkan kurma dari mulutnya dan baginda bersabda: Ia tidak halal
bagi kita sebagai keluarga Muhammad. Kerana ia adalah zakat.