Nabi SAW begitu baik dalam layanannya
kepada kanak-kanak. Baginda mempamerkan asas pendidikan untuk
kanak-kanak. Sesungguhnya kanak-kanak di lahirkan dengan fitrah yang
baik. Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Bayi
dilahirkan dalam keadaan tulen, suci dan bersih dari segala
kekurangan. Dan Nabi SAW memelihara kesucian dan ketulenan ini.
Antara contoh belaian kasih baginda kepada kanak-kanak:-
- Suka Menghidu, Mendakap dan Mencium mereka
Pernah al-Aqra' bin Habis melihat
baginda juga beberapa orang badwi berkata kepada baginda: Ya
Rasulullah, kamu mencium kanak-kanak kamu? Nabi menjawab Ya, lalu
mereka berkata: “Sesungguhnya kami tak mencium kanak-kanak kami”
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Apa yang aku akan buatkan untuk
kamu, andainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu. Ini
bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang.
Ramai yang tak tahu, bahawa ini adalah satu ibadah dan kebaikan.
Iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak.
- Suka mendukung kanak-kanak.
Suatu hari, Anas bin Malik datang.
Dia melihat Nabi SAW dalam keadaan menongkat dua tangan dan dua
kakinya. Dan Hasan dan Husin sedang bermain di atas belakang baginda.
Maka dia berkata kepada Nabi SAW: Sebaik-baik tunggangan adalah
tunggangan kamu berdua. Lalu Nabi SAW bersabda: Dan merekalah
sebaik-baik penunggang, ya Anas.
Nabi SAW memberi kepada mereka berdua kedudukan dan kemuliaan.
Nabi SAW memberi kepada mereka berdua kedudukan dan kemuliaan.
- Suka Bermain dengan kanak-kanak.
- Memiliki sifat kasihan dan melindungi kanak-kanak.
- Mendidik mereka, membimbing serta menanam nilai murni
Saidina Husin pernah mengambil sebiji kurma yang tidak halal baginya, kerana zakat tidak halal bagi ahli keluarga baginda. Lalu Nabi mencabut kurma dari mulutnya (Husin) dan berkata:..kakh..kakh...Maka dia keluarkan kurma dari mulutnya dan baginda bersabda: Ia tidak halal bagi kita sebagai keluarga Muhammad. Kerana ia adalah zakat.
- Nabi SAW mengajar bercakap benar
Baginda
pernah melihat seorang ibu memanggil anaknya bernama Abdullah. Dia
memanggil: Ya Abdullah! Datang ke sini, aku nak berikan kau sesuatu.
Apabila dia datang, baginda bertanya kepada si ibu : Apa yang kau nak
berikan kepadanya. Saya akan berikan dia buah kurma. Nabi bersabda:
Sekiranya kau tak berikan apa-apa kepadanya nescaya dituliskan untuk
kau sebagai penipu di sisi Allah.
Ramai di antara kita menipu anak-anak ketika bermain dengannya. Setiap kali memanggil anaknya kerana ingin memberinya sesuatu tetapi dia berbohong. Dia telah menanam sifat buruk dalam diri anaknya.
Ramai di antara kita menipu anak-anak ketika bermain dengannya. Setiap kali memanggil anaknya kerana ingin memberinya sesuatu tetapi dia berbohong. Dia telah menanam sifat buruk dalam diri anaknya.
- Mendidik kanak-kanak dengan sifat berani.
Rasulullah
biasa berlumba dengan kanak-kanak. Nabi SAW pernah meminta anak
saudaranya Abdullah bin Abas dan beberapa saudara kandungnya
berbaris di satu tempat dan baginda duduk di satu tempat. Kemudian
baginda memanggil mereka datang kepadanya secara berlumba, apabila
sampai mereka telah menjatuhnya badan mereka ke atas dada Rasulullah
SAW.
- Tidak pernah menyakiti kanak-kanak.
Inilah
Nabi SAW pemimpin ummah, Melayan kanak-kanak dengan penuh lembut dan
berakhlak baik.
Adakah
kita turut sama berakhlak sebegini?
Nabi SAW meletakkan kaedah penting:
Nabi SAW meletakkan kaedah penting:
- “Perintahkan anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun.”
Pukul
di sini bukanlah pukulan yang kuat. Tetapi dikatakan memukul dengan
benda seperti batang siwak. Ia dilakukan agar kanak-kanak betul-betul
merasai teguran. Rasulullah SAW sendiri tak pernah melakukannya
(pukul). Tetapi baginda begitu penyayang dan mulia dalam melayani
kanak-kanak.
- Jadilah guru ketika dia kecil dan kawan apabila dia meningkat dewasa
- Antara hak asasi utama ayah kepada anak-anak ialah Melindungi Anak Dengan Doa
Rasulullah
SAW melindungi Hasan dan Husin dengan satu doa penting. Selepas
menyapu mereka berdua baginda membaca:
Sesiapa
yang membacanya, Ummu Sibyan takkan dapat memudaratkannya. Ia sejenis
jin yang suka menyakiti kanak-kanak.
- Baginda suka menggembirakan mereka.
Para
sahabat biasa membawa kepada Rasulullah SAW buah hasil tuaian
pertama. Sebaik sahaja buah-buahan di kebun mereka masak, baginda
akan mengambil, mencium buah tersebut dan bertahmid kemudian baginda
akan memberi kanak-kanak yang paling muda di kawasan itu. Dengan
tujuan memanjai dan menggembirakan kanak2 tersebut.Rasulullah SAW
suka menghidupkan keceriaan dalam hati kanak-kanak. Seperti yang
disebut di dalam beberapa hadith:
“Bahawa Allah SWT menyediakan tempat di syurga bagi mereka yang mengidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak.”
Ramai yang suka dan sayangkan
kanak-kanak. Tetapi adakah kita benar-benar menghayati rasa sayang itu kerana mencontohi baginda Rasulullah SAW??
" Apabila saya mencium atau mendakap atau bermain dengan anak saya, saya rasakan saya sedang melakukan salah satu daripada jenis ibadah. Mencontohi apa yang Nabi buat, lalu mendekatkan diri dengan Nabi. Meningkatkan lagi kecintaan saya kepada Allah dan mendapat kecintaan daripada-Nya. "
No comments:
Post a Comment