Tuesday, May 17, 2016

Zikir Mencerdaskan Otak

Di sudut sains, amalan Zikr mampu mencerdaskan otak manusia. Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna. Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari 14,000,000 saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16,000,000 saraf tubuh yang lain. 

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensafalogram (EEG). Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah SWT seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. 

Thursday, May 5, 2016

Apa Khabar Hati?

Hati itu dikatakan raja kepada segala perbuatan kita.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati.” (Riwayat Imam al-Bukhari).
Hatilah yang memimpin segala tindakan kita. Sekiranya sekeping hati itu dibentuk menjadi hati yang menjurus kepada kebaikan, maka baiklah ia. Sebaliknya, andai hati itu lebih banyak didera oleh sifat negatif, maka hiduplah kita dengan mengadili orang lain dengan pandangan segalanya tidak betul dan yang betul hanyalah kita.

Wednesday, May 4, 2016

Kisah Kopi & Ultraman

Seorang anak muda yang sedang serabut dengan pelbagai masalah bertemu dengan seorang tua yang merupakan seorang ahli hikmah.

x: "Pakcik saya ni banyak masalah...banyak..."

o: (Senyum) lalu berkata: "Wahai anak muda, ambil segenggam kopi dan segelas air." Anak mudah ini terus ke dapur mengambilnya. "Sekarang kamu campurkan, kacau perlahan-lahan dan minum. Apa rasanya?"

x: "Pahit pakcik. Sangat pahit! Tak boleh minum..." 

o: "Takpe. Mari sini ikut pakcik. Kita ke sebuah telaga." Mereka pun pergi. 

o: "Mana kopi tadi? Campakkan segenggam kopi dalam telaga ini dan kacau-kacaukan. Sekarang, cuba kamu minum, apa rasanya?" 

x: Anak muda itu pun buat. "Sedap air ni pakcik. Segar sekaali. Tak terasa pula kopi tadi."