Tuesday, June 28, 2016

Doa dan Kaifiat Majlis Khatam Al-Quran Ramadan


اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ على الظَّالِمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ على رَسُوْلِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

رَبَّناَ تَقَبَّلْ مِناَّ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْناَ ياَ مَوْلاَ ناَ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، وَاهْدِناَ وَوَفِّقْناَ إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ، بِبَرَكَةِ القُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَبِحُرْمَةِ مَنْ أَرْسَلْتَهُ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ، وَاعْفُ عَناَّ ياَ كَرِيْمُ، وَاعْفُ عَناَّ ياَ رَحِيْمُ، وَاغْفِرْ لَناَ ذُنُوْبَناَ بِفَضْلِكَ ياَ أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.

Ya Allah, terimalah permohonan kami sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasihani. Tunjukkan kami ke jalan yang benar dengan berkat al-Quran Yang Agung, dengan berkat kehormatan Rasul junjungan rahmat sekalian alam, kasihani kami Ya Karīm Ya Raḥīm, ampuni dosa kami Wahai Zat Yang Memiliki Kemuliaan.


اللهم زَيِّناَّ بِزِيْنَةِ الْقُرْآنِ، وَأَكْرِمْناَ بِكَرَامَةِ الْقُرْآنِ، وَشَرِّفْناَ بِشَرَافَةِ الْقُرْآنِ، وَأَلْبِسْناَ بِخُلْعَةِ الْقُرْآنِ، وَأَدْخِلْناَ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْآنِ، وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلاَءِ الدُّنْياَ وَعَذَابِ اْلأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْآنِ، وَارْحَمْ جَمِيْعَ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ ياَ رَحِيْمُ ياَ رَحْمَنُ.

Ya Allah, hiasi diri kami dengan hiasan ajaran al-Quran, muliakan kami dengan berkat kemuliaan al-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana di dunia dan  azab di akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran. Cucuri rahmat kepada sekalian umat Nabi Muhammad SAW Ya Raḥmān, Ya Raḥīm.

اللهم اجْعَلِ الْقُرْآنَ لَناَ فِي الدُّنْياَ قَرِيْناً، وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِساً، وَفِي الْقِياَمَةِ شَفِيْعاً، وَعَلَى الصِّرَاطِ نُوْراً، وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقاً، وَمِنَ النَّارِ سِتْراً وَحِجَاباً، وَإِلَى الْخَيْرَاتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِماَماً، بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.

Ya Allah, jadikan al-Quran kepada kami semasa hidup di dunia sebagai rakan, di kubur sebagai kawan bermanja, pada hari Kiamat sebagai pembantu, semasa di titian menjadi penyuluh, semasa menuju syurga sebagai pendamping, semasa ke neraka sebagai penghadang dan pendinding, dan semasa menuju kebaikan jadikan al-Quran itu kepada kami sebagai panduan dan ikutan. Dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemualiaanMu Ya Allah Ya Karīm.

اللهم طَهِّرْ قُلُوْبَناَ وَاسْتُرْ عُيُوْبَناَ، وَاشْفِ مَرْضَانَا، وَاقْضِ دُيُوْنَناَ، وَبَيِّضْ وُجُوْهَناَ وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا، وَارْحَمْ آباَءَناَ، وَاغْفِرْ ِلأُمَّهَاتِنَا وَأَصْلِحْ دِيْنَناَ وَدُنْياَناَ، وَشَتِّتْ شَمْلَ أَعْدَاءِنَا، وَاحْفَظْ أَهْلَناَ وَأَمْواَلَناَ وَبِلاَدَناَ مِنْ جَمِيْعِ اْلآفاَتِ وَاْلأَمْراَضِ وَالْبَلاَياَ، وَثَبِّتْ أَقْدَامَناَ وَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْمُناَفِقِيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ، بِحُرْمَةِ الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ.

Ya Allah, bersihkan hati kami dan lindungi keaiban kami, sembuhkan penyakit kami, tunaikan hutang kami, serikan wajah kami, angkat derajat kami, kasihani bapa kami, ampuni ibu kami, perbaiki akidah kami dan cara hidup kami, hancurkan kelengkapan musuh kami, pelihara ahli kami, harta dan negara daripada macam kemalangan, penyakit dan bala bencana, tetapkan pendirian kami dan tolong kami mengalahkan orang zalim, munafiq dan kafir dengan berkat kehormatan al-Quran.

اللهم بَلِّغْ ثَواَبَ مَا قَرَأْناَهُ، وَنَوِّرْ مَا تَلَوْناَهُ إِلَى رُوْحِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِلَى أَرْوَاحِ جَمِيْعِ اْلأَنْبِياَءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، صَلَوَاتُ للهِ وَسَلاَمُهُ عَلَيْهِمْ أَجْمَعِيْنَ، وَإِلَى أَرْوَاحِ آلِهِمْ وَأَوْلاَدِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَأَصْحَابِهِمْ وَأَتْباَعِهِمْ وَجَمِيْعِ ذُرِّياَّتِهِمْ رِضْوَانُ اللهِ تَعَالَى عَلَيْهِمْ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, sampaikanlah pahala ayat-ayat yang telah kami baca, juga kepada roh Nabi Muhammad SAW, kepada sekalian roh para nabi dan rasul, selawat dan salam ke atas mereka, kepada roh keluarga meraka, anak-anak mereka, isteri-isteri mereka, para sahabat, pengikut dan keturunan mereka.

-GURU-

Ya Allah, dengan barakah yang ada dalam Majlis Khatam al-Quran ini, Engkau masukkanlah kami semua kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada kami setiap kebaikan yang ada didalamnya.

Ya Allah, dengan barakah yang ada dalam Majlis Khatam al-Quran ini, Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami, samada dosa-dosa yang besar atau dosa yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa yang kami sengajakan atau kerana kejahilan kami. Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai taubat nasuha, sesungguhnya Engkau maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.

Ya Allah, dengan barakah yang ada dalam Majlis Khatam al-Quran ini, Engkau ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan kami, dosa anak-anak kami, dosa adik beradik kami, dosa seluruh ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami serta dosa sekalian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dengan rahmat Mu ya Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Ya Allah, terimalah bacaan al-Quran kami ini dan Engkau ampunkanlah setiap kesilapan yang berlaku didalam bacaan kami dan janganlah Engkau kurangkan pahlanya dari kami. Sesungguhnya Engkau lah yang lebih mengetahuinya.

Ya Allah, berikan berikan kesejahteraan dan keberkatan hidup untuk semua guru-guru yang pernah mengajar kami ilmu dunia dan akhirat..terutamanya guru2 al-Quran kami. Dari saat al-Quran yang diturunkan kepada junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda yang menghafaz dan mengumpul al-Quran, para salafussoleh, para ulama' yang berusaha memahamkan kami akan al-Quran melalui tafsir, kepada guru pertama kami yakni ibu dan ayah kami, guru-guru al-Quran kami dari kecil hinggalah ke hari kami dimatikan. Jika ada di kalangan hamba-Mu yang pernah kami ajarkan kalimah suci-Mu, jadikanlah ia jariah berpanjangan buat kami. Kau rahmatilah kesemua mereka dan kami ini ya Allah. Kau limpahkan pahala yang berpanjangan buat mereka pada setiap huruf yang kami mampu sebut dari al-Quran. Jika ada antara mereka yang telah kembali ke sisiMu, Kau berilah ketenangan terhadap roh mereka hingga ke hari kiamat, Kau angkatlah siksa kubur mereka dengan asbab al-Quran, Janganlah kau seksa mereka kerana mereka adalah guru2 al-Quran kami ya Allah. Tinggikan darjat mereka. Kurniakanlah kepada mereka ganjaran terbesar yakni syurga-Mu yang kekal abadi dari kemurahan maghfirah dan rahmatMu atas setiap usaha mereka untuk mendidik kami.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat,
Dengarkanlan harapan dan pengaduan kami ini. Mustajabkanlah permohonan kami.



وَإِلَى أَرْوَاحِ آباَءِنَا وَأُمَّهَاتِنَا وَإِخْوَانِنَا وَأَخَوَاتِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَقْرِبآءِنَا وَأَحِبَّائِنَا وَأَصْدِقَاءِنَا وَأُسْتاَذِ أُسْتاَذِناَ وَمَشَائِخِنَا، وَلِمَنْ كَانَ لَهُ حَقٌّ عَلَيْناَ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، يَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ وَيَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ، اِسْتَجِبْ دُعَاءَناَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، وصَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمدُ للهِ رَبِّ العالمين.

Juga kepada roh bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, saudara-saudara kami lelaki dan perempuan, anak-anak kami, kaum kerabat kami, kekasih kami, rakan-rakan setia kami, guru kepada guru kami, guru-guru kami, dan setiap yang ada hubungan haq dengan kami, muslimin muslimat, mukminin mukminat. Wahai Tuhan Yang Menunaikan Segala Hajat, Tuhan Yang Mengkabulkan Doa, kabulkanlah doa kami dengan limpah rahmatMu, Ya Tuhan Sebaik-Baik Yang Memberi Rahmat.



Maha benar Allah yang Maha Agung, dan RosulNya Nabi yang mulia dan kami bersaksi atas kebenaran hal tersebut. Ya Rabb kami, terimalah amalan kami, karena sesunggguhnya Engkau maha mendengar dan maha mengetahui.

Ya Allah anugerahkanlah kpd kami kenikmatan/kemanisan bagi tiap2 huruf dari Al Qur’an, dan balasan bagi tiap2 juz dari Al Qur’an. Ya Allah jadikanlah huruf alif sebagai kelembutan, hurup ba barakah, ta taubah, tsa pahala, jim kecantikan, ha hikmah, kha kebaikan, dal dalil/petunjuk, dza kecerdasan, ra rahmah, za kesucian, sin kebahagiaan, syin syifaa/ubat, shad kebenaran, dho cahaya, tho ketenangan , dzo keluasan, `ain ilmu, gho kekayaan, fa kemenangan, qo kedekatan, qaf kemuliaan, lam kelembutan, mim nasihat, nun cahaya, wa wushlah/sarana, ha petunjuk, ya keyakinan.

Yaa Allah berikanlah kami manfaat dengan Al Qur’an yang agung dan tinggikanlah darjat kami dengan ayat2nya dan terimalah bacaan kami 
dan maafkanlah segala kesalahan, kelupaan, perubahan kalimat dari tempatnya, mengawalkan atau mengkahirkan, penambahan atau pengurangan, penafsiran yang tidak sesuai dengan apa yang Engkau turunkan, keraguan atau sahwun, sui ilhanin(?), dan terburu2 ketika tilawah, kemalasan atau kesesatan lidah, waqof (berhenti) bukan pada tempatnya, mengidghomkan (mendengungkan bacaan) yang bukan idghom, mengidzharkan (bacaan tanpa dengung) yang bukan idzhar, madd (memanjangkan bacaan), mentasydid, hamzah, atau sukun, i’rab yang bukan pada tempatnya, atau kurangnya rasa cinta dan senang terhadap ayat2 yang memeberii berita gembira, dan kurangnya rasa takut ketika membaca ayat2 ancaman, maka ampunilah kami ya Allah, dan jadikanlah kami sebagai oarang yang syahid.

Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke syurgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam surga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan , anugrahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan sholawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlaq dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy.
Amin yaa Rabbal ‘Alamin.

Ilahi,
Engkau terimalah taubat kami, ampunkan dosa kami, muliakan kami dengan kekuatan hafazan dan kefahaman sehingga kami dapat menghafaz dan memahami segala apa yang kami dengar dari ilmu dan al-Quran. Dan muliakanlah kami dengan suara yang lunak merdu supaya sesiapa sahaja yang mendengar kata2ku/ bacaanku/ suaraku maka bertambahlah syahdu/ tercentuh/ cair (menjadi asbab mendapat hidayah) walau dia seorang berhati keras. Dan muliakanlah kami dengan rezeki yang halal dan kurniakanlah kami dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Imej Doa






No comments:

Post a Comment