Tuesday, April 12, 2016

Mineral vs Arak


Biasanya, botol-botol minuman keras diperbuat dari kaca, pelbagai warna & 'design' dan sangat ekslusif. Sedangkan isinya haram.
Berbanding botol air mineral yang hanya diperbuat dari plastik dan lebih kurang sama bentuknya. Sedangkan isinya sering kita minum dan perlukan setiap hari.
Begitulah kehidupan.


Yang haram sering dipersembahkan menarik untuk kita dekat dengan maksiat. Poster program berunsur 'lagha' kelihatan lebih 'kreatif, kontemporari, catchy dan happening' sekali. Sound system sahaja memakan ribuan ringgit. Belum lagi bingit dengan letupan bunga api dan segala bagai.
Berbeza dengan kebanyakkan poster ceramah agama yang biasa-biasa sahaja. Mikrofon yang sekejap bunyi sekejap tidak. "Oh bateri habis ustaz"..begitulah respon si penganjur. Majlis yang penuh barakah hanya diiringi bunyi keriuk kipas yang berpusing. Panas si pendengar dibasahi keringat. Namun di situlah 'taman syurga' yang dinaungi Malaikat Rahmat.

Pilihan di tangan kita. Memilih yang halal atau yang haram.

~~ Inspirasi dari petikan ceramah alfadhil Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias di Radio Klasik 87.7fm
16 Mac 2016 ~ 6.45-6.55 petang

No comments:

Post a Comment