Tuesday, April 12, 2016

Indahnya Akhlak Muslimin oleh Al-fadhil Ustaz Yusof bin Mamat


 Fadhilat Tafakur (Fikir)

~ Hakikatnya berfikir lebih baik dari ibadat setahun
~ Indahnya akhlak seorang muslim yang banyak berfikir
~ Waktu paling afdhal adalah sebelum Subuh
~ Dengan berfikir, banyak  fadhilat yang boleh didapati, antaranya:
1. Bukti Kekuasaan Allah swt

Contoh:
- Buah Tembikai : Buahnya merah, bulat dan besar tetapi pokoknya kecil sahaja.
- Buah Amra: Buahnya kecil tetapi pokoknya besar
Secara logiknya, buah yang besar perlu datang dari pokok yang besar, begitu juga sebaliknya.
Tetapi, Allah tidak menjadikannya sebegitu demi menunjukkan kekuasaannya.

2. Berfikir tentang Nikmat Pemberian Allah swt

Surah an-Nahl ayat 18. "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu),
tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Lumrah manusia, sesuatu nikmat tidak akan disedari selagi ia tidak "diambil". Hanya dengan sakit mata yang sedikit, telinga tidak boleh mendengar,
ketika itu nikmat tersebut barulah dirasai begitu berharga.
- Mengapa OKU Penglihatan mudah membaca & menghafaz Al-Quran? Itulah bukti kekuasaan Allah. Penglihatan yang gelap Allah beri kelebihan dengan hati yang cerah.
Justeru, bagi yang normal, perbanyakkanlah doa untuk menambah cahaya ke dalam diri kita:-

3. Berfikir tentang Pahala yang Dijanjikan Allah swt
~ Hanya dengan melakukan 1 kebaikan, Allah akan gandakan 10 kebaikan.
~ Di dalam Kitab "Jauhar Mauhub" ada disebut:
"Sesiapa di kalangan hamba yang menyebut "Bismillah", akan mendapat 400x fadhilat"
Bismillah
Maka mulakan secara praktikal. Keluar sahaja dari rumah, mulakan dengan "Bismillah", mula bawa kereta, letak touch & go,
sampai sahaja pejabat, ketik kad kerja semuanya dimulakan dengan "Bismillah". Berapakah pahala yang telah kita kumpul? Usahlah dikira, sesungguhnya Allah Maha Pemurah kepada para hamba-Nya.
Marilah rebutlah peluang menjana pahala sebanyak-banyaknya.
Solat Malam
~ Selain itu, pasakkan niat sebelum tidur agar dapat bangun setiap malam. Bukan untuk ke bilik air semata-mata,
tetapi untuk bangun menghidupkan malam dengan ibadat seperti solat, baca AL-Quran, bermuhasabah dan sebagainya.
Sungguh orang yang melazimi solat sebelum Subuh akan mendapat Kekayaan & Panjang Umur, insyaAllah.
Zikir
Antara ciri orang yang masuk ke syurga awal adalah yang sering menyebut kalimah.


Justeru, kita lazimi dengan kesemua zikir tersebut:-

Terima kasih atas kesudian semua yang membaca. Sebarkan perkongsian ini sekiranya bermanfaat.

No comments:

Post a Comment