Tuesday, January 6, 2015

FUNGSI

Fungsi  Unit Penyelarasan & Keurusetiaan 

Unit  ini bertanggungjawab :
  • Mengurus, mengendali dan menyelaras urusan pentadbiran am bahagian dalam merekod cuti pegawai & kakitangan, penyediaan peruntukan , laporan aktiviti, latihan  dan  kebajikan kakitangan bahagian.
  • Menguruskan majlis-majlis bagi sambutan Hari Kebesaran Islam
  • Menguruskan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan
  • Menguruskan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan
  • Menyediakan Perkhidmatan Kereta Jenazah



 Fungsi Unit Kebajikan Islam

Bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah, Unit ini melaksanakan khidmat kebajikan kepada pesakit di Hospital Kuala Lumpur dan Pengurusan Jenazah di semua hospital Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).  Tugas-tugas yang dilaksanakan ialah seperti  berikut :-

  1. Mengurus jenazah Islam yang tidak berwaris/tidak diketahui identitinya/tidak dituntut/saudara Muslim dan jenazah yang berisiko tinggi seperti penghidap HIV/AIDS, Tibi dan lain-lain.
             Mengurus jenazah Islam atas permintaan waris.
  1. Mengadakan lawatan dan khidmat pesakit seperti ;-
  •    Membaca surah Yaasin, mengajar dua kalimah syahadah bagi pesakit nazak,
  •    Mengajar para waris cara menghadapi pesakit nazak,
  •    Memberi tunjuk ajar cara berwuduk, tayammum dan solat  pesakit.
  •    Memberi khidmat nasihat / kaunseling serta menawarkan bantuan kepada pesakit dhaif dan keluarga pesakit yang terdampar dalam  bentuk wang tambang, barangan keperluan seperti lampin pakai buang, cawan, pinggang mangkuk, tuala, susu, biskut dan lain-lain.
  •    Memberi khidmat mengazan dan mengiqamatkan bayi baru lahir, tahnik serta menerangkan cara menyambut kelahiran yang dianjurkan Islam.
  •    Mengadakan program sempena Hari Kebesaran Islam di hospital-hospital dengan mengadakan lawatan dan program kerohanian pesakit.
  •    Mengedar risalah kerohanian.
      d.    Kursus Pengurusan Jenazah, 
  1. Mengurus Tanah Perkuburan Islam Jalan Lebuhraya KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Kiara.
Layari www.jawi.gov.my & Like FB Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

No comments:

Post a Comment